3.0 Isu-isu Perkongsian Maklumat

3.0 ISU-ISU PERKONGSIAN MAKLUMAT


Perkongsian maklumat secara amnya melibatkan proses penemuan dan mendapatkan maklumat, dan nilai yang terhasil daripada perkonsian dan penggunaan maklumat pengetahuan tersebut dalam sesebuah orginasasi. Kesemua fasa ini secara keseluruhan membenarkan sesebuah organisasi itu untuk belajar dan bertindak balas untuk membina, mengekal dan menambahkan kelebihan persaingan (Ganesh, 2001)

Dalam usaha untuk mendapat dan menentukan kesahihan sesuatu maklumat yang diterima, terdapat pelbagai isu yang perlu diteliti dan dikaji agar maklumat tersebut benar-benar memberi manfaat kepada kita.



Antara isu yang kami dapati dalam perkongsian maklumat ini ialah:
i.                     Perkongsian maklumat melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
ii.                   Berkebolehan untuk mengukur kebenaran sesuatu maklumat.
iii.                 Budaya kesanggupan berkongsi maklumat.

Isu pertama: Perkongsian maklumat melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

                Maklumat menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, keterangan atau butir-butir mengenai sesuatu ataupun pengetahuan. Maklumat kini mudah didapati melalui internet. Menurut Muhammad Faizal Ahmad, Ketua Pengarah Media Sosial dan Promosi mengatakan bahawa 76.9% iaitu 32 juta dari penduduk Malaysia merupakan pengguna Internet.

                Hal ini menunjukkan bahawa maklumat mudah diperoleh oleh pengguna-pengguna internet dengan adanya kemudahan Teknologi maklumat dan Komunikasi. Perkongsian ilmu dapat dilakukan oleh pensyarah dan pelajar di institut semasa proses pembelajaran dan pengajaran (P&P).

                Sebagai contoh, pelajar kursus Pendidikan Islam Kumpulan 1, PPISMP ambilan Jun 2018, menggunakan Edmodo untuk mendapatkan nota daripada pensyarah serta menjawab soalan tutorial daripada pensyarah menggunakan Edmodo sahaja.

Isu kedua: Berkebolehan untuk mengukur kebenaran sesuatu maklumat.

                Maklumat memang mudah untuk didapati. Namun begitu, adakah sumber yang diambil adalah benar atau satu plagiat? Melalui penggunaan internet, pengguna dapat menilai samaada sumber berkenaan adalah sah ataupun tidak.

                Wujud pelajar yang membuat kerja kursus dengan mengambil sumber daripada internet. Jika pelajar mengambil sumber daripada Google Schoolar, tentu sekali artikel yang diambil adalah daripada penulis yang sebenar. Jikalau pelajar tersebut mengambil daripada Blogger atau Wikipedia, maklumat tersebut dapat diukur oleh pelajar bahawa ia tidak sesuai untuk dibuat rujukan kerana mungkin ia ditulis oleh orang yang tidak mempunyai ‘authority’.

Isu ketiga: Budaya kesanggupan berkongsi maklumat

                Akhir sekali, budaya kesanggupan berkongsi maklumat. Maklumat mudah tersebar di laman sosial, Masyarakat amat suka “share”. Memang benar sharing is caring akan tetapi maklumat yang dihantar atau diterima sepatutnya dipastikan kesahihannya sebelum dikongsi.

Subtopik seterusnya 👇🏼
http://gkbkami2018.blogspot.com/2018/10/4.html

Comments

Popular Posts