4.0 Isu Gender dalam Kecemerlangan Akademik

4.0 ISU GENDER DALAM KECEMERLANGAN AKADEMIK




1)Pencapaian Akademik

Perbezaan jantina sangat berkait dengan prestasi akademik masih menjadi salah satu isu yang menarik untuk dikaji. Secara umumnya pelajar perempuan lebih menguasai pencapaian akademik daripada pelajar lelaki .Namun pelajar lelaki mempunyai kecekapan kendiri yang lebih tinggi berbanding pelajar perempuan dalam bidang berkenaan. Dalam peperiksaan awam menunjukkan bahawa pelajar perempuan lebih berjaya berbanding pelajar lelaki.

2)Tahap kematangan

Walaupun dominasi pencapaian akademik lebih didominasikan oleh pelajar perempuan , namun tiada yang mustahil bagi pelajar lelaki  kerana proses penngembangan ,cara berfikir dan pendedahan yang berbeza . Pelajar perempuan secara biological menunjukkan lebih matang berbanding pelajar lelaki .Namun begitu kematangan pelajar lelaki dalam berfikir sangat pantas apabila berada pada tahap tertentu.Hal ini kerana lelaki berfikir menggunakan akal manakala wanita lebih kepada penggunaan emosi.

3)Peluang belajar


Secara umumnya sistem pendidikan di negara kita lebih mengutamakan kecemerlangan akademik yang secara realitinya membawa kepada  ketidakseimbangan gender di institut pendidikan tempatan serta dalam struktur pekerjaan .Contohnya bilangan pelajar di institut pendidikan di negara kita lebih didominasi oleh pelajar perempuan . Hal ini menyebabkan pelajar lelaki mengalami kesusahan dalam pergaulan dengan jantina lain .

Comments

Popular Posts