1.0 Kemahiran Intrapersonal dan Kemahiran Interpersonal

1.1   KEMAHIRAN INTRAPERSONAL

Kecerdasan yang dimiliki oleh seseorang individu   iaitu kebolehan  seseorang  mengenali diri sendiri secara mendalam dan mempunyai tanggapan  terhadap diri sendiri, mempunyai kesedaran terhadap perasaan dalaman, kehendak, motivasi, kemarahan, dorongan serta kemampuan  untuk mendisiplinkan diri dan jati diri.Kebolehan mengenali diri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat, kehendak termasuklah kemahiran  yang menyebabkan  seseorang itu mempunyai persamaan dan perbezaan  dengan orang lain. Kecerdasan intrapersonal yang dimiliki  oleh seseorang individu dapat membantu individu tersebut mengawal  kemarahan  dan kesedihan yang  dihadapi dan sebaliknya.Antara ciri pelajar yang memiliki sifat intrapersonal ialah cenderung untuk mempamerkan  kebolehan untuk berdikari,lebih suka bersendirian untuk mengejar sesuatu matlamat,hobi atau sesuatu projek serta mempunyai keperibadian yang tertutup.

Antara aktiviti yang boleh melatih  kecerdasan inytrapersonal ialah dengan menceritakan perasaan sendiri,keinginan cita-cita dan mengarang cerita.Antara kerjaya dan aktiviti yang melibatkan  banyak kecerdasan intrapersonal ialah seperti kaunselor kerohanian, ahli falsafah, juru medik, ahli psikologi dan lain-lain.

     
1.2   KEMAHIRAN INTERPERSONAL

Kemahiran antara perseorangan atau kemahiran interpersonal merujuk kepada  algoritma mental  dan berkomunikasi yang digunakan semasa komunikasi dan interaksi sosial  untuk mencapai kesan atau keputusan tertentu.Konsrep asas yang berkaitan ialah konsep kendiri, sikap, sahsiah, nilai serta matlamat. Ia akan membantu mewujudkan seorang individu  yang berkebolehan dan berkeyakinan semasa berinteraksi dengan persekitarannya.

Antara  cara untuk membentuk  konsep kendiri yang positif ke atas individu ialah:
Pastikan matlamat yang hendak  dicapai adalah jelas
* Pastikan matlamat yang ingin dicapai  adalah praktikal dan realistik dan membentuk konsep kendiri. 
* Membuat keputusan  sendiri  dan bersedia menanggung risiko daripada keputusan  yang diambil.
*Menggunakan  kaedah  sokongan dengan memberi ganjaran atau hadiah kepada diri sendiri  di atas prestasi  yang telah dicapai. 
*    Menerima hakikat kelemahan diri

Subtopik seterusnya 👇🏼
http://gkbkami2018.blogspot.com/2018/10/2.html?m=1

Comments

Popular Posts