3.0 Isu-isu Perkongsian Maklumat
3.0 ISU-ISU PERKONGSIAN MAKLUMAT
Perkongsian maklumat secara amnya
melibatkan proses penemuan dan mendapatkan maklumat, dan nilai yang terhasil
daripada perkonsian dan penggunaan maklumat pengetahuan tersebut dalam sesebuah
orginasasi. Kesemua fasa ini secara keseluruhan membenarkan sesebuah organisasi
itu untuk belajar dan bertindak balas untuk membina, mengekal dan menambahkan
kelebihan persaingan (Ganesh, 2001)
Dalam usaha untuk mendapat dan
menentukan kesahihan sesuatu maklumat yang diterima, terdapat pelbagai isu yang
perlu diteliti dan dikaji agar maklumat tersebut benar-benar memberi manfaat
kepada kita.
Antara isu yang kami dapati dalam
perkongsian maklumat ini ialah:
i.
Perkongsian maklumat melalui
penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
ii.
Berkebolehan untuk mengukur
kebenaran sesuatu maklumat.
iii.
Budaya kesanggupan
berkongsi maklumat.
Isu pertama: Perkongsian maklumat melalui penggunaan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).
Maklumat
menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, keterangan atau butir-butir mengenai sesuatu
ataupun pengetahuan. Maklumat kini mudah didapati melalui internet. Menurut
Muhammad Faizal Ahmad, Ketua Pengarah Media Sosial dan Promosi mengatakan
bahawa 76.9% iaitu 32 juta dari penduduk Malaysia merupakan pengguna Internet.
Hal ini
menunjukkan bahawa maklumat mudah diperoleh oleh pengguna-pengguna internet
dengan adanya kemudahan Teknologi maklumat dan Komunikasi. Perkongsian ilmu
dapat dilakukan oleh pensyarah dan pelajar di institut semasa proses
pembelajaran dan pengajaran (P&P).
Sebagai
contoh, pelajar kursus Pendidikan Islam Kumpulan 1, PPISMP ambilan Jun 2018,
menggunakan Edmodo untuk mendapatkan nota daripada pensyarah serta menjawab
soalan tutorial daripada pensyarah menggunakan Edmodo sahaja.
Isu kedua: Berkebolehan untuk mengukur kebenaran sesuatu
maklumat.
Maklumat
memang mudah untuk didapati. Namun begitu, adakah sumber yang diambil adalah
benar atau satu plagiat? Melalui penggunaan internet, pengguna dapat menilai
samaada sumber berkenaan adalah sah ataupun tidak.
Wujud
pelajar yang membuat kerja kursus dengan mengambil sumber daripada internet.
Jika pelajar mengambil sumber daripada Google Schoolar, tentu sekali artikel
yang diambil adalah daripada penulis yang sebenar. Jikalau pelajar tersebut
mengambil daripada Blogger atau Wikipedia, maklumat tersebut dapat diukur oleh
pelajar bahawa ia tidak sesuai untuk dibuat rujukan kerana mungkin ia ditulis
oleh orang yang tidak mempunyai ‘authority’.
Isu ketiga: Budaya kesanggupan berkongsi maklumat
Akhir
sekali, budaya kesanggupan berkongsi maklumat. Maklumat mudah tersebar di laman
sosial, Masyarakat amat suka “share”. Memang benar sharing is caring akan
tetapi maklumat yang dihantar atau diterima sepatutnya dipastikan kesahihannya
sebelum dikongsi.
Subtopik seterusnya 👇🏼
http://gkbkami2018.blogspot.com/2018/10/4.html
Comments
Post a Comment